top of page

Misi

Melestari sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Misi

Visi

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Visi

Motto

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Motto

Slogan

Sahsiah Cemerlang Akademik Terbilang

Slogan

Lagu Rasmi

Perpaduan yang erat
Keyakinan dan semangat
Berjuang demi kejayaan
Kecemerlangan Pendidikan
Insan Progresif Sains Teknologi
Bersatu mendokong harapan suci
Berilmu beramal pasti cemerlang
SMKGR Gemilang
Putih jiwa nan suci
Hijau insan beriman
Hitam keazaman cita-cita
Kuning taat setia
Pelajar cemerlang sekolah terbilang
Matlamat sekolah pasti dijulang
Itulah cita dan azam kita
Anak warisan bangsa

Lagu Rasmi SEGRA - Malaya
00:00
Lagu Rasmi

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau telah ditubuhkan pada 1 Januari 2001. Pada peringkat awalnya sekolah ini menumpang di SMK Paya Besar kerana bangunan sekolah ini tidak dapat disiapkan oleh pihak kontraktor. Pengetua yang pertama menerajui sekolah ini ialah Encik Rosdi bin Ismail. Sekarang Encik Rosdi telah menjadi Pengarah Pelajaran Pahang.

​

Pada ketika itu jumlah pelajar yang mendaftar hanya seramai 76 orang dan tenaga pengajar seramai 9 orang manakala kakitangan bukan guru seramai 3 orang. Pada tahun 2002 sekolah ini menumpang di SK Mat Kilau ekoran kerja-kerja pembinaan masih lagi diteruskan. Pada ketika itu jumlah pelajar adalah seramai 191 orang yang terdiri pada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Kakitangan akademik pada ketika itu seramai 13 orang manakala bukan akademik seramai 8 orang.

​

Pada tahun 2003, sekali lagi sekolah ini menumpang di SK Mat Kilau kerana bangunan sekolah masih belum disiapkan oleh pihak kontraktor. Pelajar yang diterima masuk ke sekolah ini kebanyakannya dari taraf sosio ekonomi yang sederhana dan rendah. Pada 1 September 2004, merupakan hari bersejarah bagi warga SMK Gudang Rasau kerana telah berpindah ke bangunan sendiri walaupun  dalam keadaan serba kekurangan.

Sejarah

Logo

Jiwa yang suci

Keazaman cita-cita

Insan Beriman

Taat Setia

Budaya llmu

Budaya ICT

Perpaduan

Keteguhan dan Kekuatan

Logo

Etos

S.E.G.R.A.

S

SENSE OF URGENCY and SMART

Bertindak segera, tidak menangguhkan tugas dan mengutamakan budaya kerja berkualiti

S.M.A.R.T. Bermaksud

  • S - Specific (kejelasan matlamat yang menjadi sasaran)

  • M - Measurable (boleh ukur)

  • A - Attainable (dapat dicapai)

  • R - Realistic (realistik, menunjukkan keadaan yang sebenar )

  • T - Time-bound (ada batasan masa) yang turut menjadi                                             asas untuk  mencapai visi dan misi.

E

G

EXCELLENT

Kecemerlangan menjadi budaya organisasi dan turut diterapkan di luar sekolah

GLORIOUS

Setiap individu di sekolah mesti menetapkan matlamat untuk cemerlang. Usaha untuk memperoleh kecemerlangan bukan bermaksud tidak boleh gagal, tetapi perlu bangkit setiap kali mengalami kegagalan. Sentiasa bersemangat waja tanpa berputus asa dan berhenti berusaha

R

RESPECTABLE

Dihormati oleh masyarakat luar atas kecemerlangan pencapaian dan kemantapan disiplin diri

A

AMBITIUOS

Setiap individu di sekolah mesti mempunyai kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi dan mengunjurkan tahap kecemerlangan yang lebih tinggi pada setiap masa

Etos
bottom of page