top of page

Carta Organisasi Pentadbiran

Enrolmen Pelajar

Enrolmen Guru

Piagam Pelanggan

Kami warga SMK GUDANG RASAU dengan penuh komited dan berjanji untuk memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:

​

  1. Murid

    1. Memberi pendidikan yang berkualiti mengikut kehendak JPN dan KPM.

    2. Melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan penilaian secara berkesan mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh KPM.

    3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, harmoni, kasih sayang dan mesra kepada semua murid.

    4. Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dititikberatkan pada setiap masa.

    5. Melaksanakan kegiatan kokurikulum secara berkesan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan melalui aktiviti yang terancang.

    6. Memastikan murid yang berbakat diberi bimbingan dan galakan sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kokurikulum.

    7. Memastikan kemapanan sahsiah semua murid.

  2. Ibu, Bapa dan Penjaga

    1. Memberi maklum balas sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga terhadap semua maklumat berkaitan anak-anak mereka dalam tempoh satu hingga tiga hari.

    2. Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 30 minit.

    3. Mesyuarat AJK PIBG dan Mesyuarat Agung PIBG dijalankan mengikut ketetapan KPM.

  3. Stakeholders

    1. Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD, JPN dan KPM mendapat maklum balas dalam tempoh satu hingga tujuh hari mengikut keutamaan

  4. Guru dan Kakitangan

    1. Memastikan semua tindakan berkaitan perkhidmatan setiap guru dan kakitangan diproses mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. 

    2. Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.

    3. Mematuhi segala arahan dan dasar yang telah ditetapkan.

    4. Memastikan semua permohonan keperluan pengajaran guru diberi respon/ diambil tindakan tidak lebih daripada tiga hari.

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

Staf Swasta

bottom of page